Nora VS Fasha...
>> Tuesday, 18 May 2010
Nampaknya kisah hangat pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha tak habis habis lagi. Ada sahaja cerita tak enak pasal mereka. tak tahulah nak nilai siapa benar siapa salah.
Minggu lalu kecoh pasal perbalahan mereka di laman sosiel Twitter apabila Nora dikatakan memperli Fasha apabila mencacatkan perkataan boo dalam slot What's Happening? akaun Twitter miliknya. Ada juga perkataan hipokrit yang ditujukan kepada seseorang tanpa mencacatkan nama.
Fasha tak diam dan menjawabnya dalam usaha membela diri. Banyak yang melontar komen termasuk pihak yang tidak suka dan pihak yang menyokong mereka.
Sampai sekarang tak habis-habis lagi. Ada orang yang tak suka Fasha menulis yang bukan-bukan pasal pelakon sensasi itu termasuk perkara yang bersifat peribadi. Kesian juga Fasha... dah lah dia diboo oleh penonton semasa menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular, berlanjutan perli memperli dalam laman sosial pula. [Nora Danish belum sejuk...]
Che Lee bukan nak menyebelahi sesiapa... tapi apa yang berlaku ke atas Fasha dalam hal ini tak sepatutnya berlaku. Bukannya dia membuat kesalahan kepada sesiapa pun, tak pasal-pasal pulak dia yang menjadi mangsa kejian orang.
"Pada aku Fasha tu tak salah apa dalam hal ini, dia tak kacau orang sebaliknya buat kerja dia (menghadiri majlis). Mengapa pula ada orang yang nak mengganggu dia dengan mengatakan perkara yang bukan-bukan," kata seorang kawan Che Lee yang juga bekas wartawan.
Kawan itu menyukai prinsip Fasha yang tak mengganggu orang dan berharap orang lain juga tidak mengganggu pelakon itu.
"Apa pun yang dia lakukan, bukan kita orang yang boleh menjatuhkan hukuman," kata kawan itu lagi.
Bila renung-renungkan benar juga pendapat kawan itu. Yalah apa salah dia kalau dia kena boo. Mengapa pula orang lain ambil kisah sedangkan empunya diri tidak menganggapnya sebagai kudis pun.
Agaknya ada pihak yang tak senang melihat Fasha terus diterima oleh peminat walaupun macam-macam perkara telah dilaluinya termasuk dipulau olah wartawan hiburan tidak lama dulu. Sekarang apabila hubungannya semakin pulih macam-macam pula perkara timbul.
Perbalahannya dengan Nora telah lama terjadi. Sejak Nora masih bergelar isteri orang sehingga jadi janda sekarang. Nampaknya masih belum reda kemarahan Nora terhadap Fasha. Dulu ada orang kata Fashalah punca rumah tangganya goyang.
Setelah lama menduda, bekas suami Nora tak ada pulak berkahwin dengan Fasha. Fasha juga pernah dikaitkan dengan lelaki lain juga selepas itu. Tapi belum nampak bakal menamatkan alam bujang lagi setakat ini.
Sampai bila mereka nak bersengketa sebab mereka pasti akan berjumpa juga dalam mana-mana majlis hiburan. Takkan nak bertarik rambut dalam majlis yang dihadiri orang ramai pula. Ia akan menyusahkan orang lain macam yang berlaku semasa penggambaran drama SpaQistina dulu. Akhirnya Nora terpaksa menarik diri kerana enggan masuk set bersama Fasha.
Bayangkan kalau Nora terpaksa interview Fasha untuk dimuatkan dalam program kendaliannya iGlam... pasti kecoh kan?
0 comments:
Post a Comment