Klik Sini Skali

Pengikut

Klik Sini Skali

Contest dan Informasi Terkini

www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com

Sinar FM No.1: Buktikan Lagu Tempatan

>> Tuesday, 18 May 2010




Radio Sinar FM baru diumumkan sebagai Radio No.1 di Malaysia berdasarkan penyelidikan pihak penyelidik. Tahniah diucapkan kepada stesen itu. Nampaknya stesen glamor lain tak boleh nak bermegah-megah lagi.

Apa bezanya Sinar FM berbanding radio lain yang selalu diuar-uarkan sebagai stesen radio yang menjadi sasaran penyanyi? Radio Era FM dan Hot FM sering dianggap stesen radio yang bakal menentukan populariti seseorang artis. Kalau lagu mereka tak dimainkan di corong radio itu alamatnya album akan terkubur kerana dua stesen itu sering dianggap rangkaian radio utama.



[Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.]

Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.
Jadi sekarang tidak lagi. Tanggapan itu harus dikikis dan jangan memandang sepi stesen radio Sinar FM ataupun stesen lain yang kurang glamornya. Yalah kalau ada majlis penganugerahan pengacara radio popular, dua stesen tadi yang yang menguasai carta.
[Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.]

Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.

Apa istimewanya Sinar FM? Saya nampak Sinar FM sangat istimewa kepada industri muzik negara ini kerana mereka menyiarkan lagu-lagu tempatan sahaja. Hanya sejumlah kecil lagu-lagu luar yang diputarkan.

Sinar FM dengan moto Muzik Retro Terbaik menyiarkan lagu-lagu retro popular era 1970-an, 1980-an, 1990-an dan tidak terkecuali lagu-lagu baru yang ada sentuhan Melayu. Ada juga segmen lagu-lagu era Pop Yeh Yeh.

Lagu-lagu nyanyian Uji Rashid, Hail Amir, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Jamal Abdillah, Siti Fairuz, Raja Ema, Ibnor Riza, Nassier Wahab, Liyana dan ramai lagi sering jadi pilihan.

Tidak ketinggalan lagu-lagu Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Anuar Zain, Alyah, Aizat dan penganyi angkatan baru lain.

Kalau nak dengar lagu-lagu Melayu boleh pilih saluran Sinar FM. Stesen di bawah RTM juga tidak ketinggalan memartabatkan lagu ciptaan dan nyanyian anak seni kita.

Sinar FM mendaki tangga sedikit demi sedikit dan akhirnya kini berada di tangga teratas. Semasa stesean glamor taksub dengan legu-lagu seberang, Sinar FM tetap setia dengan format mereka yang mengutamakan lagu-lagu retro tersendiri.

Apa makna bila Sinar FM di tangga atas?

Bila Sinar FM berada di tangga teratas bermakna pendengar saluran itu paling ramai berbanding stesen lain. Siapa kata lagu Indonesia sebagai daya penarik utama?

Sinar FM sudah membuktikan lagu tempatan yang mereka persembahkan mendapat tempat di hati peminat.
[Uji & Hail menyinari Sinar FM]

Uji & Hail menyinari Sinar FM

[D.J.Dave]

D.J.Dave
Mungkin juga pendengar yang berpindah dari stesen glamor kepada Sinar FM mula muak dengan lagu-lagu seberang yang terlalu banyak dimainkan.

Mereka ingin mendengar lagu-lagu sendiri yang lebih dekat dengan mereka. Ia juga boleh membawa erti lagu-lagu kita sebenarnya lebih baik, sebab itulah pendengar masih mahu dengar lagu-lagu Uji Rashid, Sharifah Aini, Azlina Aziz, Jamal Abdillah dan lain-lain penyanyi yang merakamkannya lebih 30 tahun lalu.

Kalau boleh bertahan sebegitu lama bermakna lagu-lagu itu ada pengaruh kuat kepada pendengar.

Mungkin mereka mempunyai cerita tersendiri yang terus dikenang bila mendengar lagu-lagu tersebut diputarkan.

[Lagu-lagu Ahmad Nawab masih jadi pilihan.]

Lagu-lagu Ahmad Nawab masih jadi pilihan.
Dulu ada deejay yang tak puas hati apabila dipindahkan ke stesen Sinar FM kerana mereka berasa seperti dibuang dan tdak diperlukan di tempat lama. Yalah pada masa itu tempat lama mereka bergelar stesen radio No. 1. Kini Sinar FM berada di No. 1.

Hari ini senario itu berubah kerana Sinar FM sudah mendapat tempat yang dimahukan oleh semua saluran radio. Sinar FM juga berbangga sebab acap kali diumumkan bila mereka menerima laporan terbaru yang dikeluarkan.
[Abby Fana antara bunga Sinar FM.]

Abby Fana antara bunga Sinar FM.

Semoga stesen radio lain tidak lagi mengaungkan lagu-lagu dari luar khususnya Indonesia yang semakin hari semakin banyak masuk. Malah banyak lagi Indonesia yang kurang mutu dan mundur ke belakang pun diputarkan juga.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP