Raja Lawak 4 (2010)
>> Friday, 8 January 2010
Penonton akan dihidangkan dengan program yang bakal menghangatkan suasana malam dengan Raja Lawak Astro Musim Keempat. bertempat di Pasar Seni Kuala Lumpur. Mengenengahkan 10 peserta terbaik yang akan beradu nasib setiap minggu dan tiga pengkritik tetap yang dipertanggungjawabkan bagi menilai persembahan peserta. Mereka terdiri daripada enam peserta solo iaitu Alex, Aman, Caca, Faiz, Idlan dan JD serta empat peserta berkumpulan iaitu Kecik, Mamu, Wili dan Antu.
"Gabungan barisan juri seperti Afdlin Shauki, Bob Lokman dan Din Beramboi pasti akan menggegarkan malam hujung minggu penonton," ujar Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima.
Penonton akan dibawa menyaksikan sedutan-sedutan daripada sesi ujibakat melalui program Al-Kisah Raja Lawak Astro pada 24 dan 25 Disember 2009, jam 9.00 malam. Setiap gelagat, aktiviti pula akan dimuatkan ke dalam Ceritera Raja Lawak Astro setiap Jumaat dan Sabtu jam 9.00 malam bermula 1 Januari 2010.
Persembahan finalis pula boleh ditonton menerusi program Gelanggang Raja Lawak Astro yang bakal bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2010.
Kecik Yakin Boleh Menang
Melihatkan gelagat dan keletah mereka saja sudah boleh membuatkan saya tersenyum. Achoe dan Wan, dua pemuda dari Sabah ini percaya akan bakat semulajadi yang ada dalam diri mereka.
"Memang kami sudah lama nak masuk program ni, so bila ada audition kat Sabah, kami pun terus cuba dan alhamdulillah dapat.
"Ini first time kami audition, untuk program Akademi Fantasia pun kami tak pernah cuba" ujar Wan spontan.
Mengasah bakat melalui program belia, kedua-dua pemuda ini berharap dapat memberikan persembahan terbaik.
"Susah untuk buat orang ketawa tapi kami akan elakkan daripada buat lawak bodoh," ujar mereka yang menganggap Wili sebagai saingan terdekat.
Percubaan Kali Kedua Idlan Buahkan Hasil
Minat mendorong Khairul Idlan Abdul Razak mencuba nasib kali kedua untuk Raja Lawak Astro walau pada percubaan kali pertama hampir berjaya menempatkan diri bersama kelompok peserta.
"Saya auditon dekat Ipoh masa tu untuk musim ketiga, diaorang cakap dapat dan tunggu panggilan untuk datang ke Kuala Lumpur tapi saya tunggu tak ada pun yang telefon," ujarnya yang berasal dari Kedah ini.
Mengakui seronok dengan persekitaran baru di akademi bersama finalis lain, Idlan yang kelihatan sedikit pemalu ini menganggap Mamu sebagai saingan terdekatnya buat masa ini.
JD Dari Jurutera Kepada Pelawak
Kerjaya jurutera dan pemuzik tidak menjamin kepuasan kepada Ahmad Zaidi Masri atau ingin dikenali sebagai JD. Dirinya memerlukan platform untuk mengembangkan minat dan bakat yang ada dalam dirinya. Namun kenapa Raja Lawak yang menjadi pilihan?
"Sebenarnya saya pernah cuba Akademi Fantasia musim ketujuh, tapi terkandas masa stage keempat yang memerlukan saya menulis esei. Komedi juga merupakan cabang seni so tak salah saya mencuba.
"Sekarang baru saya berani mencuba setelah ada kerjaya sendiri dan rasa amat bertuah sebab ada juri yang bagus untuk musim ini.
"Saya akan cuba stand up comedy yang mungkin agak asing dengan budaya masyarakat kita," ujar pemuda berusia 30 tahun ini.
Saksikan Johan dan Zizan yang akan menggalas tugas mengacarakan Raja Lawak Astro musim ketiga di Astro Prima (saluran 105) bermula 24 Disember ini.
Sumber Dari Mangga Online.com
0 comments:
Post a Comment