Klik Sini Skali

Pengikut

Klik Sini Skali

Contest dan Informasi Terkini

www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com

Skirt Seksi Artis Malaysia

>> Monday, 31 May 2010



“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8). Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.

Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja. Mengenai isu berkenaan yang sengaja disensasikan, terutama di blog hiburan, Rozita berkata, ia hak sesiapa untuk menulis apa yang mereka mahu.

Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian. “Saya tahu ramai (wartawan) yang cari saya untuk minta komen mengenai isu itu. Saya malas nak cakap apa-apa lagi... lagi pun benda tak elok tidak payah nak diperbesarkan,” katanya.

Rozita yang kerap dikaitkan dengan orang kenamaan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda yang kini berkhidmat di sektor perbankan di Singapura. Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, bakal berhenti daripada lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak.

Difahamkan, pelakon itu menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah SEKALI LAGI pada Ramadan nanti.

Sumber : myMetro

Read more...

Artis Mewah Jual Ganja

>> Tuesday, 18 May 2010


KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis.

Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis.

Difahamkan, jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Sumber polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang artis di sekitar Damansara di sini.

Susulan itu, sepasukan anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu.

“Beberapa anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit.

“Pada masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan tujuan kedatangan polis ke rumah itu.

“Bagaimanapun, anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni hadapan sambil membawa satu kotak.

“Artis itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di tingkat bawah.

Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik.

“Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.

Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram.

“Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu mengenainya.

“Artis terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.

Malah, dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31 Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas.

“Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.

“Artis itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

Read more...

Nabil Berjaya di Beijing




[Nabil dan peserta lain semasa di Beijing.]
Nabil Zamanhuri berjaya mengharumkan nama Negara dalam pertandingan The 11th Pan Asia Music Festival apabila memenangi dua anugerah iaitu Naib Juara Lagu Terbaik (kategori lagu) menerusi lagu Dari Jauh hasil ciptaan Lah Ahmad dan beliau sendiri. Dia juga terima anugerah Asia Most Potential/Promising Singer 2010.

Acara itu berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei 2010. Nabil bersaing bersama 30 peserta daripada negara dari Sri Langka, Romania, Thailand, Finland, Malta, Kazakhstan, Bulgaria, China, Canada, Australia dan lain-lain.

[Inilah trofi kemenangan Nabil.] Tempat pertama bagi lagu terbaik telah dimenangi penyanyi dari Filipina. Peserta Filipina juga mendominasi anugerah bagi kategori vokal apabila memenangi tempat pertama bagi kategori itu, manakala Sri Lanka dan Bulgaria di tempat kedua dan Romania di tempat ketiga.



Walaupun gagal memenangi apa-apa tempat bagi kategori vokal, namun kejayaan Nabil benar-benar memberi semangat buat anak muda ini. Bagi Nabil sendiri beliau amatil bersyukur walaupun tidak menjadi juara, namun terpilih ke peringkat akhir Top 10 amat membanggakan.

“Saya berasa terharu apabila turut mendapat anugerah Asia Most Promising and Potential Singer dan paling saya bangga sekali ialah lagu ciptaan saya dan Lah Ahmad mendapat tempat kedua," katanya.
[Bangga diiktiraf di luar negara.]
Menurutnya lagi, Ini cukup membuktikan bahawa muzik Malaysia mampu diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Nabil terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan yang dulu dikenali sebagai Asia New Singer Competition of Shanghai Asia Music Festival.

Malaysia telah banyak membawa kejayaan pada pertandingan ini selama beberapa tahun melalui Datuk Siti Nurhaliza, Deja Moss, Misha Omar, Jaclyn Victor, Ezlynn dan Shila OIAM antara nama yang telah mengukir kemenangan.

Pemilihan Nabil dibuat oleh Kementerian yang telah dilantik oleh Shanghai Asia Music Festival Committee untuk memilih bakat baru bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan ini yang mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan disokong Majlis Muzik Malaysia.

Read more...

Bell Bercakap GAGAP???


Gara-gara membawa watak gagap dalam filem terbarunya, Kecoh Betul, Bell Ngasri sukar membuang gagap dalam kehidupan seharian setelah hampir sebulan menyesuaikan diri menjadi pemuda gagap.

"Bukannya terkenan sebab bawakan watak gagap, tapi untuk buatkan watak itu nampak real, saya perlu praktikkannya selalu dan di mana-mana. Hampir sebulan saya biasakan diri menjadi gagap, namun masalahnya apabila sudah terbiasa, sukar untuk buang gejala tersebut. Bila dah habis shooting, saya masih terikut-ikut gagap.

"Watak gagap agak membebankan kerana susah untuk dilakonkan dalam filem ini. Saya perlu buat lawak dalam keadaan gagap, susah buat orang ketawa bila ayat yang sepatutnya kelakar menjadi sukar difahami apabila disampaikan secara tersangkut-sangkut," ujar Bell yang hilang suara selama 4 hari akibat watak tersebut.

Di Pandang Sepi

Biarpun telah lama bertapak dalam industri lakonan, namun populariti tidak banyak berpihak pada dirinya. Bagi Bell, semua itu tidak penting baginya, apa yang penting rezeki yang datang tidak pernah putus dan masih mampu menyara kehidupannya. Seronok bekerjasama dengan Saiful Apek dan Nabil dalam Kecoh Betul, Bell mengakui kewujudannya dalam industri seolah-olah dipandang sepi.

"Saya tak kisah berada di belakang orang. Walaupun saya orang lama dan Nabil masih baru dalam industri dan menjadi watak utama sebab rezeki masing-masing sudah tertulis. Saya juga tak kisah jika terpaksa gantikan pelakon lain kerana itu juga sumber rezeki saya.

"Untuk Kecoh Betul, hasil keseluruhannya tidak menghampakan. Cerita yang ringan dan tak membebankan minda apabila menonton. Saya juga ada peluang menyumbangkan idea. Bagi saya, filem ini tak lari daripada filem Melayu yang sedia ada di pasaran dan terserah kepada penonton untuk menilainya," kata Bell.

Read more...

Saiful Apek Bimbang ....



"Saya malas nak buat trademark gitu-gitu lagi sebab orang sudah sedia maklum lawak itu dan mereka harapkan something new dari saya. Dulu saya protege dan akan lakukan apa yang saya nak buat, namun sekarang bila sudah menjadi mentor kepada pelawak baru, saya rasa lebih senang bersahaja apabila membuat lawak. Tak perlu over sangat.


"Untuk watak dalam Kecoh Betul, saya terima sebab melihat perlunya saya dalam filem tersebut. Dan kebanyakan yang terlibat adalah pelawak baru dan saya bertanggungjawab menjadi mentor mereka. Babak saya tak banyak namun kewujudan saya hanyalah sebagai rujukan kepada mereka," ujarnya.

Bagaikan telah melewati fasa yang lebih dewasa, Apek lebih serius ketika berbicara dan lebih senang sekiranya perbualan berkisarkan kerjaya dan industri filem yang semakin sendat ini.

"Saya sudah banyak berlakon filem namun tak ada satu pun yang peminat ingat akan kesannya. Kalau boleh saya nak diingati kerana watak yang dibawa seperti babak ' Tipah tertipu' dalam filem Ali Setan. Dialog itu selalu digunakan sampai sekarang kerana kesannya kepada penonton.

"Namun apa yang saya lihat sekarang, perjalanan industri kita makin jatuh. Terlampau banyak filem dikeluarkan saban tahun dan terlampau banyak eksperimen cuba dipaparkan kepada penonton sampai kita tak tahu apa yang cuba disampaikan.

"Bagi saya filem Kecoh Betul adalah cerita biasa kerana saya pernah berlakon cerita bercorak begini. Adalah biasa menonjolkan isu rempit dalam filem namun filem ini lebih logik dan realistik," ujar Apek.

Masih Ralat

Filem arahannya masih ditahan daripada tayangan, Apek meluahkan rasa kecewa apabila hasil buah tangan pertamanya terpaksa menunggu untuk dipasarkan. Dua tahun penantian menyebabkan filem Shhh...Dia Datang dikecam hebat dan dianggap gagal oleh sesetengah pihak.

"Kalau boleh saya nak tahu feedback penonton selepas menonton filem arahan saya, tapi saya masih menunggu saat itu kerana masalah yang tak dapat dielakkan. Sepatutnya filem itu ditayangkan awal tahun 2009 tapi sampai sekarang saya masih tak tahu statusnya," luah Apek yang akan muncul dalam Magika dan 4 Madu.

Read more...

Sinar FM No.1: Buktikan Lagu Tempatan




Radio Sinar FM baru diumumkan sebagai Radio No.1 di Malaysia berdasarkan penyelidikan pihak penyelidik. Tahniah diucapkan kepada stesen itu. Nampaknya stesen glamor lain tak boleh nak bermegah-megah lagi.

Apa bezanya Sinar FM berbanding radio lain yang selalu diuar-uarkan sebagai stesen radio yang menjadi sasaran penyanyi? Radio Era FM dan Hot FM sering dianggap stesen radio yang bakal menentukan populariti seseorang artis. Kalau lagu mereka tak dimainkan di corong radio itu alamatnya album akan terkubur kerana dua stesen itu sering dianggap rangkaian radio utama.



[Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.]

Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.
Jadi sekarang tidak lagi. Tanggapan itu harus dikikis dan jangan memandang sepi stesen radio Sinar FM ataupun stesen lain yang kurang glamornya. Yalah kalau ada majlis penganugerahan pengacara radio popular, dua stesen tadi yang yang menguasai carta.
[Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.]

Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.

Apa istimewanya Sinar FM? Saya nampak Sinar FM sangat istimewa kepada industri muzik negara ini kerana mereka menyiarkan lagu-lagu tempatan sahaja. Hanya sejumlah kecil lagu-lagu luar yang diputarkan.

Sinar FM dengan moto Muzik Retro Terbaik menyiarkan lagu-lagu retro popular era 1970-an, 1980-an, 1990-an dan tidak terkecuali lagu-lagu baru yang ada sentuhan Melayu. Ada juga segmen lagu-lagu era Pop Yeh Yeh.

Lagu-lagu nyanyian Uji Rashid, Hail Amir, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Jamal Abdillah, Siti Fairuz, Raja Ema, Ibnor Riza, Nassier Wahab, Liyana dan ramai lagi sering jadi pilihan.

Tidak ketinggalan lagu-lagu Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Anuar Zain, Alyah, Aizat dan penganyi angkatan baru lain.

Kalau nak dengar lagu-lagu Melayu boleh pilih saluran Sinar FM. Stesen di bawah RTM juga tidak ketinggalan memartabatkan lagu ciptaan dan nyanyian anak seni kita.

Sinar FM mendaki tangga sedikit demi sedikit dan akhirnya kini berada di tangga teratas. Semasa stesean glamor taksub dengan legu-lagu seberang, Sinar FM tetap setia dengan format mereka yang mengutamakan lagu-lagu retro tersendiri.

Apa makna bila Sinar FM di tangga atas?

Bila Sinar FM berada di tangga teratas bermakna pendengar saluran itu paling ramai berbanding stesen lain. Siapa kata lagu Indonesia sebagai daya penarik utama?

Sinar FM sudah membuktikan lagu tempatan yang mereka persembahkan mendapat tempat di hati peminat.
[Uji & Hail menyinari Sinar FM]

Uji & Hail menyinari Sinar FM

[D.J.Dave]

D.J.Dave
Mungkin juga pendengar yang berpindah dari stesen glamor kepada Sinar FM mula muak dengan lagu-lagu seberang yang terlalu banyak dimainkan.

Mereka ingin mendengar lagu-lagu sendiri yang lebih dekat dengan mereka. Ia juga boleh membawa erti lagu-lagu kita sebenarnya lebih baik, sebab itulah pendengar masih mahu dengar lagu-lagu Uji Rashid, Sharifah Aini, Azlina Aziz, Jamal Abdillah dan lain-lain penyanyi yang merakamkannya lebih 30 tahun lalu.

Kalau boleh bertahan sebegitu lama bermakna lagu-lagu itu ada pengaruh kuat kepada pendengar.

Mungkin mereka mempunyai cerita tersendiri yang terus dikenang bila mendengar lagu-lagu tersebut diputarkan.

[Lagu-lagu Ahmad Nawab masih jadi pilihan.]

Lagu-lagu Ahmad Nawab masih jadi pilihan.
Dulu ada deejay yang tak puas hati apabila dipindahkan ke stesen Sinar FM kerana mereka berasa seperti dibuang dan tdak diperlukan di tempat lama. Yalah pada masa itu tempat lama mereka bergelar stesen radio No. 1. Kini Sinar FM berada di No. 1.

Hari ini senario itu berubah kerana Sinar FM sudah mendapat tempat yang dimahukan oleh semua saluran radio. Sinar FM juga berbangga sebab acap kali diumumkan bila mereka menerima laporan terbaru yang dikeluarkan.
[Abby Fana antara bunga Sinar FM.]

Abby Fana antara bunga Sinar FM.

Semoga stesen radio lain tidak lagi mengaungkan lagu-lagu dari luar khususnya Indonesia yang semakin hari semakin banyak masuk. Malah banyak lagi Indonesia yang kurang mutu dan mundur ke belakang pun diputarkan juga.

Read more...

AF 8 - Liku-Liku Terakhir...


Akademi Fantasia 8 dah nak berlabuh hujung minggu ini. Daripada lima finalis, hanya Adira seorang yang mewakili kaum hawa selebihnya dimonopoli oleh penyanyi lelaki, Shahir, Daus, Maulana dan Iwan. Tahniahlah kepada mereka.

Siapa agaknya yang akan jadi juara baru. Payah juga nak ramal sebab, kali ini tak nampak mana-mana peserta yang lebih menonjol. Kesemuanya nampak setara sahaja.

[Shahir yang masuk semula selepas seminggu tersingkir dilihat ada harapan jadi juara.] Kalau dah empat lelaki yang memonopoli rasa-rasanya tahun ini jadi milik peserta lelakilah. Tapi segala-galanya boleh berlaku apabila kuasa mutlak diberikan kepada penonton untuk menghabiskan sisa kredit telefon bimbit mereka.

Samun sesiapapun yang akan menang bukanlah lagi menjadi penentu kepada kejayaan mencipta nama selepas tamat program. Banyak juara yang tak mampu bertahan dan dipintas oleh peserta yang tak layak ke final pun. Aizat dan Dafi lebih menonjol berbanding juara AF5, Mila.

Ramai peserta yang tidak menjadi juara pun boleh popular sekiranya mereka memiliki kualiti yang bagus dan mendapat lagu yang kena dengan suara dan penampilan mereka bila dapat peluang rakam lagu.

Lihat saja Aizat dan Akim yang kini sedang hangat tanpa gelaran juara AF. Aizat sudah membuktikan keupayaan dan memenangi banyak anugerah di luar pertandingan itu. Akim juga semakin mendapat perhatian, malah lebih menonjol berbanding Hafiz yang jadi juara AF7.

Kepada adik-adik yang bakal selesai pertandingan ini, kenalah rajin berusaha sendiri selepas ini tanpa bergantung kepada pihak lain. Kejayaan atau kegagalan terletak di tangan anda sendiri.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP