Klik Sini Skali

Pengikut

Klik Sini Skali

Contest dan Informasi Terkini

www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com

Giliran Anne Ngasri Cerai Talak 3

>> Saturday, 26 June 2010



Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini memutuskan yang pelakon Anne Ngasri sah diceraikan suami, Abdul Wafi Hassan dengan talak tiga pada 25 Mac lalu, dan Anne akan menjalani tempoh edahnya selepas melahirkan anaknya yang sudah memasuki lima bulan.

Mendirikan rumahtangga empat tahun lalu, dimana mereka dikurniakan dua orang anak lelaki berusia diantara dua tahun dan empat bulan, Anne dan Wafi sudah dua kali rujuk balik sebelum ini.

Kali pertamanya pada Julai tahun lalu, diikuti kali keduanya beberapa minggu kemudian pada bulan yang sama. Wafi melafazkan cerai buat kali ketiganya pada bulan Mac tahun ini, meskipun ketika itu Anne sudah dua bulan mengandung.

Sosek-Sosek - Sekarang giliran anne ngasri plak kena cerai talak tiga... Kesian kat anne, dah la masih pregnant lagi anak yang ke-3... Apa la nak jadi dengan artis kita yerk? Korang rasa camner yerk???

Sumber : Mr. Gudgles

Read more...

Yuna - Demi Mengejar Impian

>> Tuesday, 15 June 2010



Yuna sedia berjauhan dengan keluarga untuk mengembangkan bakat seninya

BUKAN mudah terbang beribu kilometer meninggalkan keluarga, sahabat handai dan peminat, namun demi mengejar cita-cita mahu muziknya merentas arena antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna sanggup mengorbankan perasaannya semata-mata mahu impian yang dipendam sejak sekian lama terlaksana.

Orang tuanya tidak membantah, malahan mereka adalah orang paling kuat memberikan banyak sokongan dan sanggup berkorban melepaskan satu-satunya permata kesayangan demi melihat puteri tunggal berjaya.

“Minggu pertama selepas kedua ibu bapa saya pulang ke Malaysia, memang saya tidak dapat membendung kerinduan pada mereka. Tetapi kesibukan kerja sedikit sebanyak meleraikan kerinduan itu.

“Minggu pertama selepas kedua ibu bapa saya pulang ke Malaysia, memang saya tidak dapat membendung kerinduan pada mereka. Tetapi kesibukan kerja sedikit sebanyak meleraikan kerinduan itu.

“Mereka menemani saya ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat pada Mac lalu. Mereka sengaja mahu melihat dan mengenali pihak pengurusan saya di sana. Selepas mengenali dan berasakan semuanya okay, barulah kedua ibu bapa saya pulang. Lagipun mereka berasa selamat kerana sepupu saya Wawa menemani saya sepanjang berada di sana,” katanya yang hadir memenuhi sesi fotografi disusun Akademi Industri Muzik (AIM), dua hari selepas pulang ke tanah air.

Masih lagi ‘jetlag’, gadis kelahiran Kedah ketika itu belum sempat berehat kerana pelbagai acara bersangkut paut dengan AIM. Walaupun kepenatan, Yuna yang mula mencuri hati peminat dengan lagu Dan Sebenarnya sanggup mengenepikan kepentingan diri kerana profesionalisme.

Malah Wawa yang turut bertindak sebagai pengurus, memberitahu selepas sesi fotografi bersama Hip, mereka akan bergegas mencari pakaian kerana baju untuk ke AIM masih belum sempat dicari walaupun sudah kesuntukan masa. Disebabkan kesibukan, mereka belum sempat berehat panjang kerana terikat dengan pelbagai komitmen.

Kesibukan Yuna nyata berbaloi apabila malam AIM yang berlangsung awal Mei lalu memberikan kenangan manis kepada kerjaya seninya kerana membolot empat anugerah di AIM 17. Yuna meraih trofi untuk Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu ciptaannya berjudul Dan Sebenarnya. Selain itu, dia turut menggondol anugerah bagi kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik berjudul Deeper Conversation.
Karier gadis berusia 23 tahun di tahun 2010 menunjukkan perkembangan cukup baik. Lembaran kerjayanya bermula sebagai artis indie, namun sejak memasuki aliran arus perdana tidak sampai setahun, kejayaan demi kejayaan dicapainya.
Terdahulu, Yuna meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke 24, Januari lalu menerusi lagu Dan Sebenarnya, diikuti anugerah Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.

Secara jujur gadis manis ini memberitahu kejayaan tidak akan diraih tanpa adanya peminat, seandainya kerjaya di luar negara menunjukkan perkembangan baik, dia tidak sesekali akan melupakan peminat serta asal usulnya. Disebabkan peminat dia mendapat peluang melebarkan sayap ke luar negara.

“Saya masih memerlukan sokongan dari peminat di sini. Tanpa mereka tak mungkin saya dapat mengembangkan kerjaya sehingga ke Amerika Syarikat. Syarikat yang saya naungi di sana, Indie-Pop mengesan saya pun menerusi laman sosial MySpace kerana peminat banyak mendengar lagu saya di situ. Jika tidak, mungkin saya tidak mendapat peluang seperti ini.

“Ramai yang impikan peluang sebegini tetapi tidak kesampaian. Justeru apabila saya mendapat pelawaan dari sebuah syarikat dari luar negara, sukar untuk saya melepaskan tawaran itu. Pada mulanya terbit juga rasa bimbang, namun kesungguhan mereka terbang ke sini bertemu saya untuk berbincang membuahkan keyakinan yang mereka benar-benar serius ingin membantu kerjaya saya.

“Ketika kali pertama tiba di sana, terasa janggal juga kerana saya tidak pernah bekerja dengan orang luar. Bagaimanapun, mereka tidak memandang sinis biarpun saya bertudung. Mereka begitu menghormati saya dan kerja saya, mereka tidak pernah campur tangan dengan muzik saya.

“Syarikat pengurusan di sana memberi sepenuh kebebasan kepada saya untuk berkarya. Sesekali dengar juga pendapat mereka, cuma saya memastikan identiti muzik saya terus dikekalkan,” katanya.

Sedia bekerja di luar negara

Pemergiannya ke Amerika juga membolehkan Yuna terus berkarya. Kesibukan di tanah air menyebabkan kerja penghasilan lagunya tergendala, justeru pada peringkat awal ketika di sana, dia mengambil sedikit masa ‘memanaskan’ kembali skil berkarya.

Oleh kerana tidak terikat dengan sebarang komitmen lain, Yuna dapat menumpukan kembali perhatian kepada penulisan lagu.

Sepanjang hampir dua bulan di sana, banyak lagu dirakamkan. Hasil dari perbincangan, satu daripada lagu milik Yuna akan diperkenalkan di i-Tunes sebelum bertemu syarikat rakaman yang berminat untuk mengambilnya.

Bakal berada di tanah air sehingga Julai ini, sebelum berangkat pulang ke L.A, Yuna berharap dapat melancarkan album keduanya sebelum berlepas ke sana. Ketika L.A pada Mac lalu, dia sudah menyiapkan beberapa lagu. Lagu Cinta Sempurna sudah kerap disiarkan di corong radio. Pada Mei lalu lagu Gadis Masa pula menemui peminat dan pendengar.

Selain kembali ke tanah air bagi memenuhi undangan AIM, Yuna mengambil kesempatan itu untuk melunaskan pembikinan tiga lagu lagi bagi memastikan hasrat melancarkan album terbarunya tertunai.

Yuna juga memberitahu, jika mendapat peluang untuk terus bekerja di sana, dia tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian. Dia tidak menghadapi sebarang masalah bekerja di luar negara kerana mengakui semakin selesa dengan cara mereka. Cuma masalah yang dihadapi hanyalah mendapatkan makanan halal. Selalunya makanan berasaskan sayur-sayuran dan ikan saja menjadi pilihan Yuna bersama sepupunya.

Hanya sesekali mereka berpeluang menikmati daging dan ayam. Lucunya, apabila dapat menikmati daging, Yuna dan Wawa akan makan seperti tidak pernah menemui makanan itu. Mengambil langkah selamat, Yuna lebih selesa menikmati makanan yang dimasak saja.

Read more...

Mentor 4: Ayim Tersingkir Dalam Persaingan Kumpulan B

>> Sunday, 13 June 2010


Selepas Shaq terkeluar dalam konsert Kumpulan A Mentor 4 minggu lepas, kali ini nasib yang sama menimpa protege kepada Mus May iaitu Ayim. Ayim terkeluar dalam persaingan Mentor 4 Kumpulan B malam tadi.

Dalam konsert kumpulan B malam tadi. Mohd semakin cemerlang apabila mendapat markah tertinggi untuk malam itu dan markah keseluruhan. Ziana Zain, mentor kepada Mohd terharu dengan pencapaian Mohd yang pada awalnya dilihat kurang menyerlah. Persembahan Ayim malam tadi memang tidak dapat dinafikan adalah buruk dan out of tune. Audi Mok dan Faizal Tahir sebagai juri malam tadi bagaimanapun tidak menyentuh soal itu


Sumber: Astro

Read more...

Saiful Apek Hisap DADAH!!!


Pelawak terkenal, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, ditahan polis semalam kira-kira jam 10 malam semalam.

Sebelum ini memang ada dengar-dengar cerita Apek Berdapur dan lain-lain. Kali ni Saiful Apek sudah kantoi memiliki 40 gram ganja. Saiful Apek ditahan polis bersama lima lagi rakan nya di rumah Saiful Apek di Jalan PJS7 Subang Jaya. Saiful Apek bersama rakannya direman selama empat hari.

Kes Saiful Apek disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: Bernama

Read more...

Skirt Seksi Artis Malaysia

>> Monday, 31 May 2010



“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8). Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.

Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja. Mengenai isu berkenaan yang sengaja disensasikan, terutama di blog hiburan, Rozita berkata, ia hak sesiapa untuk menulis apa yang mereka mahu.

Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian. “Saya tahu ramai (wartawan) yang cari saya untuk minta komen mengenai isu itu. Saya malas nak cakap apa-apa lagi... lagi pun benda tak elok tidak payah nak diperbesarkan,” katanya.

Rozita yang kerap dikaitkan dengan orang kenamaan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda yang kini berkhidmat di sektor perbankan di Singapura. Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, bakal berhenti daripada lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak.

Difahamkan, pelakon itu menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah SEKALI LAGI pada Ramadan nanti.

Sumber : myMetro

Read more...

Artis Mewah Jual Ganja

>> Tuesday, 18 May 2010


KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis.

Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis.

Difahamkan, jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Sumber polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang artis di sekitar Damansara di sini.

Susulan itu, sepasukan anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu.

“Beberapa anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit.

“Pada masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan tujuan kedatangan polis ke rumah itu.

“Bagaimanapun, anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni hadapan sambil membawa satu kotak.

“Artis itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di tingkat bawah.

Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik.

“Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.

Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram.

“Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu mengenainya.

“Artis terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.

Malah, dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31 Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas.

“Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.

“Artis itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

Read more...

Nabil Berjaya di Beijing




[Nabil dan peserta lain semasa di Beijing.]
Nabil Zamanhuri berjaya mengharumkan nama Negara dalam pertandingan The 11th Pan Asia Music Festival apabila memenangi dua anugerah iaitu Naib Juara Lagu Terbaik (kategori lagu) menerusi lagu Dari Jauh hasil ciptaan Lah Ahmad dan beliau sendiri. Dia juga terima anugerah Asia Most Potential/Promising Singer 2010.

Acara itu berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei 2010. Nabil bersaing bersama 30 peserta daripada negara dari Sri Langka, Romania, Thailand, Finland, Malta, Kazakhstan, Bulgaria, China, Canada, Australia dan lain-lain.

[Inilah trofi kemenangan Nabil.] Tempat pertama bagi lagu terbaik telah dimenangi penyanyi dari Filipina. Peserta Filipina juga mendominasi anugerah bagi kategori vokal apabila memenangi tempat pertama bagi kategori itu, manakala Sri Lanka dan Bulgaria di tempat kedua dan Romania di tempat ketiga.



Walaupun gagal memenangi apa-apa tempat bagi kategori vokal, namun kejayaan Nabil benar-benar memberi semangat buat anak muda ini. Bagi Nabil sendiri beliau amatil bersyukur walaupun tidak menjadi juara, namun terpilih ke peringkat akhir Top 10 amat membanggakan.

“Saya berasa terharu apabila turut mendapat anugerah Asia Most Promising and Potential Singer dan paling saya bangga sekali ialah lagu ciptaan saya dan Lah Ahmad mendapat tempat kedua," katanya.
[Bangga diiktiraf di luar negara.]
Menurutnya lagi, Ini cukup membuktikan bahawa muzik Malaysia mampu diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Nabil terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan yang dulu dikenali sebagai Asia New Singer Competition of Shanghai Asia Music Festival.

Malaysia telah banyak membawa kejayaan pada pertandingan ini selama beberapa tahun melalui Datuk Siti Nurhaliza, Deja Moss, Misha Omar, Jaclyn Victor, Ezlynn dan Shila OIAM antara nama yang telah mengukir kemenangan.

Pemilihan Nabil dibuat oleh Kementerian yang telah dilantik oleh Shanghai Asia Music Festival Committee untuk memilih bakat baru bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan ini yang mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan disokong Majlis Muzik Malaysia.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP