Klik Sini Skali

Pengikut

Klik Sini Skali

Contest dan Informasi Terkini

www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com www.churpchurp.com

Skirt Seksi Artis Malaysia

>> Monday 31 May 2010



“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8). Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.

Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja. Mengenai isu berkenaan yang sengaja disensasikan, terutama di blog hiburan, Rozita berkata, ia hak sesiapa untuk menulis apa yang mereka mahu.

Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian. “Saya tahu ramai (wartawan) yang cari saya untuk minta komen mengenai isu itu. Saya malas nak cakap apa-apa lagi... lagi pun benda tak elok tidak payah nak diperbesarkan,” katanya.

Rozita yang kerap dikaitkan dengan orang kenamaan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda yang kini berkhidmat di sektor perbankan di Singapura. Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, bakal berhenti daripada lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak.

Difahamkan, pelakon itu menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah SEKALI LAGI pada Ramadan nanti.

Sumber : myMetro

Read more...

Artis Mewah Jual Ganja

>> Tuesday 18 May 2010


KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis.

Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis.

Difahamkan, jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Sumber polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang artis di sekitar Damansara di sini.

Susulan itu, sepasukan anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu.

“Beberapa anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit.

“Pada masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan tujuan kedatangan polis ke rumah itu.

“Bagaimanapun, anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni hadapan sambil membawa satu kotak.

“Artis itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di tingkat bawah.

Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik.

“Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.

Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram.

“Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu mengenainya.

“Artis terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.

Malah, dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31 Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas.

“Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.

“Artis itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

Read more...

Nabil Berjaya di Beijing




[Nabil dan peserta lain semasa di Beijing.]
Nabil Zamanhuri berjaya mengharumkan nama Negara dalam pertandingan The 11th Pan Asia Music Festival apabila memenangi dua anugerah iaitu Naib Juara Lagu Terbaik (kategori lagu) menerusi lagu Dari Jauh hasil ciptaan Lah Ahmad dan beliau sendiri. Dia juga terima anugerah Asia Most Potential/Promising Singer 2010.

Acara itu berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei 2010. Nabil bersaing bersama 30 peserta daripada negara dari Sri Langka, Romania, Thailand, Finland, Malta, Kazakhstan, Bulgaria, China, Canada, Australia dan lain-lain.

[Inilah trofi kemenangan Nabil.] Tempat pertama bagi lagu terbaik telah dimenangi penyanyi dari Filipina. Peserta Filipina juga mendominasi anugerah bagi kategori vokal apabila memenangi tempat pertama bagi kategori itu, manakala Sri Lanka dan Bulgaria di tempat kedua dan Romania di tempat ketiga.



Walaupun gagal memenangi apa-apa tempat bagi kategori vokal, namun kejayaan Nabil benar-benar memberi semangat buat anak muda ini. Bagi Nabil sendiri beliau amatil bersyukur walaupun tidak menjadi juara, namun terpilih ke peringkat akhir Top 10 amat membanggakan.

“Saya berasa terharu apabila turut mendapat anugerah Asia Most Promising and Potential Singer dan paling saya bangga sekali ialah lagu ciptaan saya dan Lah Ahmad mendapat tempat kedua," katanya.
[Bangga diiktiraf di luar negara.]
Menurutnya lagi, Ini cukup membuktikan bahawa muzik Malaysia mampu diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Nabil terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan yang dulu dikenali sebagai Asia New Singer Competition of Shanghai Asia Music Festival.

Malaysia telah banyak membawa kejayaan pada pertandingan ini selama beberapa tahun melalui Datuk Siti Nurhaliza, Deja Moss, Misha Omar, Jaclyn Victor, Ezlynn dan Shila OIAM antara nama yang telah mengukir kemenangan.

Pemilihan Nabil dibuat oleh Kementerian yang telah dilantik oleh Shanghai Asia Music Festival Committee untuk memilih bakat baru bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan ini yang mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan disokong Majlis Muzik Malaysia.

Read more...

Bell Bercakap GAGAP???


Gara-gara membawa watak gagap dalam filem terbarunya, Kecoh Betul, Bell Ngasri sukar membuang gagap dalam kehidupan seharian setelah hampir sebulan menyesuaikan diri menjadi pemuda gagap.

"Bukannya terkenan sebab bawakan watak gagap, tapi untuk buatkan watak itu nampak real, saya perlu praktikkannya selalu dan di mana-mana. Hampir sebulan saya biasakan diri menjadi gagap, namun masalahnya apabila sudah terbiasa, sukar untuk buang gejala tersebut. Bila dah habis shooting, saya masih terikut-ikut gagap.

"Watak gagap agak membebankan kerana susah untuk dilakonkan dalam filem ini. Saya perlu buat lawak dalam keadaan gagap, susah buat orang ketawa bila ayat yang sepatutnya kelakar menjadi sukar difahami apabila disampaikan secara tersangkut-sangkut," ujar Bell yang hilang suara selama 4 hari akibat watak tersebut.

Di Pandang Sepi

Biarpun telah lama bertapak dalam industri lakonan, namun populariti tidak banyak berpihak pada dirinya. Bagi Bell, semua itu tidak penting baginya, apa yang penting rezeki yang datang tidak pernah putus dan masih mampu menyara kehidupannya. Seronok bekerjasama dengan Saiful Apek dan Nabil dalam Kecoh Betul, Bell mengakui kewujudannya dalam industri seolah-olah dipandang sepi.

"Saya tak kisah berada di belakang orang. Walaupun saya orang lama dan Nabil masih baru dalam industri dan menjadi watak utama sebab rezeki masing-masing sudah tertulis. Saya juga tak kisah jika terpaksa gantikan pelakon lain kerana itu juga sumber rezeki saya.

"Untuk Kecoh Betul, hasil keseluruhannya tidak menghampakan. Cerita yang ringan dan tak membebankan minda apabila menonton. Saya juga ada peluang menyumbangkan idea. Bagi saya, filem ini tak lari daripada filem Melayu yang sedia ada di pasaran dan terserah kepada penonton untuk menilainya," kata Bell.

Read more...

Saiful Apek Bimbang ....



"Saya malas nak buat trademark gitu-gitu lagi sebab orang sudah sedia maklum lawak itu dan mereka harapkan something new dari saya. Dulu saya protege dan akan lakukan apa yang saya nak buat, namun sekarang bila sudah menjadi mentor kepada pelawak baru, saya rasa lebih senang bersahaja apabila membuat lawak. Tak perlu over sangat.


"Untuk watak dalam Kecoh Betul, saya terima sebab melihat perlunya saya dalam filem tersebut. Dan kebanyakan yang terlibat adalah pelawak baru dan saya bertanggungjawab menjadi mentor mereka. Babak saya tak banyak namun kewujudan saya hanyalah sebagai rujukan kepada mereka," ujarnya.

Bagaikan telah melewati fasa yang lebih dewasa, Apek lebih serius ketika berbicara dan lebih senang sekiranya perbualan berkisarkan kerjaya dan industri filem yang semakin sendat ini.

"Saya sudah banyak berlakon filem namun tak ada satu pun yang peminat ingat akan kesannya. Kalau boleh saya nak diingati kerana watak yang dibawa seperti babak ' Tipah tertipu' dalam filem Ali Setan. Dialog itu selalu digunakan sampai sekarang kerana kesannya kepada penonton.

"Namun apa yang saya lihat sekarang, perjalanan industri kita makin jatuh. Terlampau banyak filem dikeluarkan saban tahun dan terlampau banyak eksperimen cuba dipaparkan kepada penonton sampai kita tak tahu apa yang cuba disampaikan.

"Bagi saya filem Kecoh Betul adalah cerita biasa kerana saya pernah berlakon cerita bercorak begini. Adalah biasa menonjolkan isu rempit dalam filem namun filem ini lebih logik dan realistik," ujar Apek.

Masih Ralat

Filem arahannya masih ditahan daripada tayangan, Apek meluahkan rasa kecewa apabila hasil buah tangan pertamanya terpaksa menunggu untuk dipasarkan. Dua tahun penantian menyebabkan filem Shhh...Dia Datang dikecam hebat dan dianggap gagal oleh sesetengah pihak.

"Kalau boleh saya nak tahu feedback penonton selepas menonton filem arahan saya, tapi saya masih menunggu saat itu kerana masalah yang tak dapat dielakkan. Sepatutnya filem itu ditayangkan awal tahun 2009 tapi sampai sekarang saya masih tak tahu statusnya," luah Apek yang akan muncul dalam Magika dan 4 Madu.

Read more...

Sinar FM No.1: Buktikan Lagu Tempatan




Radio Sinar FM baru diumumkan sebagai Radio No.1 di Malaysia berdasarkan penyelidikan pihak penyelidik. Tahniah diucapkan kepada stesen itu. Nampaknya stesen glamor lain tak boleh nak bermegah-megah lagi.

Apa bezanya Sinar FM berbanding radio lain yang selalu diuar-uarkan sebagai stesen radio yang menjadi sasaran penyanyi? Radio Era FM dan Hot FM sering dianggap stesen radio yang bakal menentukan populariti seseorang artis. Kalau lagu mereka tak dimainkan di corong radio itu alamatnya album akan terkubur kerana dua stesen itu sering dianggap rangkaian radio utama.



[Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.]

Lagu-lagu Azlina Aziz dan Khaty juga dapat tempat.
Jadi sekarang tidak lagi. Tanggapan itu harus dikikis dan jangan memandang sepi stesen radio Sinar FM ataupun stesen lain yang kurang glamornya. Yalah kalau ada majlis penganugerahan pengacara radio popular, dua stesen tadi yang yang menguasai carta.
[Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.]

Raja Azura dan Salih Yaakub antara deejay Sinar FM yang diminati.

Apa istimewanya Sinar FM? Saya nampak Sinar FM sangat istimewa kepada industri muzik negara ini kerana mereka menyiarkan lagu-lagu tempatan sahaja. Hanya sejumlah kecil lagu-lagu luar yang diputarkan.

Sinar FM dengan moto Muzik Retro Terbaik menyiarkan lagu-lagu retro popular era 1970-an, 1980-an, 1990-an dan tidak terkecuali lagu-lagu baru yang ada sentuhan Melayu. Ada juga segmen lagu-lagu era Pop Yeh Yeh.

Lagu-lagu nyanyian Uji Rashid, Hail Amir, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Azlina Aziz, Jamal Abdillah, Siti Fairuz, Raja Ema, Ibnor Riza, Nassier Wahab, Liyana dan ramai lagi sering jadi pilihan.

Tidak ketinggalan lagu-lagu Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Anuar Zain, Alyah, Aizat dan penganyi angkatan baru lain.

Kalau nak dengar lagu-lagu Melayu boleh pilih saluran Sinar FM. Stesen di bawah RTM juga tidak ketinggalan memartabatkan lagu ciptaan dan nyanyian anak seni kita.

Sinar FM mendaki tangga sedikit demi sedikit dan akhirnya kini berada di tangga teratas. Semasa stesean glamor taksub dengan legu-lagu seberang, Sinar FM tetap setia dengan format mereka yang mengutamakan lagu-lagu retro tersendiri.

Apa makna bila Sinar FM di tangga atas?

Bila Sinar FM berada di tangga teratas bermakna pendengar saluran itu paling ramai berbanding stesen lain. Siapa kata lagu Indonesia sebagai daya penarik utama?

Sinar FM sudah membuktikan lagu tempatan yang mereka persembahkan mendapat tempat di hati peminat.
[Uji & Hail menyinari Sinar FM]

Uji & Hail menyinari Sinar FM

[D.J.Dave]

D.J.Dave
Mungkin juga pendengar yang berpindah dari stesen glamor kepada Sinar FM mula muak dengan lagu-lagu seberang yang terlalu banyak dimainkan.

Mereka ingin mendengar lagu-lagu sendiri yang lebih dekat dengan mereka. Ia juga boleh membawa erti lagu-lagu kita sebenarnya lebih baik, sebab itulah pendengar masih mahu dengar lagu-lagu Uji Rashid, Sharifah Aini, Azlina Aziz, Jamal Abdillah dan lain-lain penyanyi yang merakamkannya lebih 30 tahun lalu.

Kalau boleh bertahan sebegitu lama bermakna lagu-lagu itu ada pengaruh kuat kepada pendengar.

Mungkin mereka mempunyai cerita tersendiri yang terus dikenang bila mendengar lagu-lagu tersebut diputarkan.

[Lagu-lagu Ahmad Nawab masih jadi pilihan.]

Lagu-lagu Ahmad Nawab masih jadi pilihan.
Dulu ada deejay yang tak puas hati apabila dipindahkan ke stesen Sinar FM kerana mereka berasa seperti dibuang dan tdak diperlukan di tempat lama. Yalah pada masa itu tempat lama mereka bergelar stesen radio No. 1. Kini Sinar FM berada di No. 1.

Hari ini senario itu berubah kerana Sinar FM sudah mendapat tempat yang dimahukan oleh semua saluran radio. Sinar FM juga berbangga sebab acap kali diumumkan bila mereka menerima laporan terbaru yang dikeluarkan.
[Abby Fana antara bunga Sinar FM.]

Abby Fana antara bunga Sinar FM.

Semoga stesen radio lain tidak lagi mengaungkan lagu-lagu dari luar khususnya Indonesia yang semakin hari semakin banyak masuk. Malah banyak lagi Indonesia yang kurang mutu dan mundur ke belakang pun diputarkan juga.

Read more...

AF 8 - Liku-Liku Terakhir...


Akademi Fantasia 8 dah nak berlabuh hujung minggu ini. Daripada lima finalis, hanya Adira seorang yang mewakili kaum hawa selebihnya dimonopoli oleh penyanyi lelaki, Shahir, Daus, Maulana dan Iwan. Tahniahlah kepada mereka.

Siapa agaknya yang akan jadi juara baru. Payah juga nak ramal sebab, kali ini tak nampak mana-mana peserta yang lebih menonjol. Kesemuanya nampak setara sahaja.

[Shahir yang masuk semula selepas seminggu tersingkir dilihat ada harapan jadi juara.] Kalau dah empat lelaki yang memonopoli rasa-rasanya tahun ini jadi milik peserta lelakilah. Tapi segala-galanya boleh berlaku apabila kuasa mutlak diberikan kepada penonton untuk menghabiskan sisa kredit telefon bimbit mereka.

Samun sesiapapun yang akan menang bukanlah lagi menjadi penentu kepada kejayaan mencipta nama selepas tamat program. Banyak juara yang tak mampu bertahan dan dipintas oleh peserta yang tak layak ke final pun. Aizat dan Dafi lebih menonjol berbanding juara AF5, Mila.

Ramai peserta yang tidak menjadi juara pun boleh popular sekiranya mereka memiliki kualiti yang bagus dan mendapat lagu yang kena dengan suara dan penampilan mereka bila dapat peluang rakam lagu.

Lihat saja Aizat dan Akim yang kini sedang hangat tanpa gelaran juara AF. Aizat sudah membuktikan keupayaan dan memenangi banyak anugerah di luar pertandingan itu. Akim juga semakin mendapat perhatian, malah lebih menonjol berbanding Hafiz yang jadi juara AF7.

Kepada adik-adik yang bakal selesai pertandingan ini, kenalah rajin berusaha sendiri selepas ini tanpa bergantung kepada pihak lain. Kejayaan atau kegagalan terletak di tangan anda sendiri.

Read more...



Baru saja Mangga Muda keluarkan cerita Noh tengah berbahagia dengan Emma selepas putus cinta dengan pelajar di luar negara tu. Tup tup terdengar suara halus yang melayang-layang di udara yang Noh sekarang ni ada kekasih baru pula. Bila dah jadi rockstar ni, makin menjadi-jadi pula saham vokalis Hujan ni.


Siapa pula gerangan bertuah yang berjaya memikat jejaka dari Sarawak ini? Sebab yang Mangga Muda dengar bukan sedikit artis wanita yang mendamba kasih Noh. Hebat betul penangan dia kan? Seorang pergi, berduyun pula yang datang sampai tak cukup tangan melayan agaknya. Jangan marah ya Noh. Mangga Muda bergurau manja di tahun baru.

Tapi hati Noh tetap setia kepada kekasih barunya yang juga anak kepada orang kenamaan. Dan jangan tak tahu girlfriend barunya juga merupakan artis berkumpulan hip hop yang dulu cukup terkenal dan kerap bergandingan dengan Too Phat.

Dan dengar cerita juga Noh ada buatkan lagu untuk kekasih barunya. Lagu cinta ke Noh?

Mesti ada yang dapat teka siapa lepas tengok gambar dia kan? Apa-apa pun harap Noh bahagia.

Read more...

Cover saja ke Fazura?


Bila sembang-sembang dengan rakan-rakan wartawan majalah di pejabat ni, Mangga Muda terdengar satu keluhan pasal pelakon Fazura. Nak tahu apa? Kononnya pelakon itu hanya sedia untuk mengadakan sesi fotografi sekiranya untuk menghias cover sahaja. Kok macam itu?

"Bila kita hubungi untuk set tarikh fotografi, Fazura akan tanya, fotografi itu untuk cover atau isi dalam. Bila kita cakap untuk isi dalam, dia kata akan hubungi semula sebab nak semak jadual. Akhirnya harammmmmm... senyap terus.

"Kalau diberitahu fotografi untuk menghiasi cover, laju aja dia beri persetujuan dan memiliki masa lapang untuk sesi fotografi," kata kawan itu yang dah tak kuasa melayan kerenah Fazura.

Macam tu kah kisahnya? Ada-ada aje kan kisah artis Malaysia ni. Mangga Muda tak pernah lah pula berdepan masalah itu sebab Mangga Muda tak but sesi fotografi. Itulah cabaran jadi wartawan majalah ni.

Hairan juga ya... sah sah lah sesi fotografi itu untuk mempromosikan artis itu sendiri. Ada pula yang menolak.

Ramai juga artis yang tak suka publisiti ni. Agaknya artis yang menolak tawaran promosi tu fikir namanya dah cukup besar dan tak perlu publisiti melimpah.

Padahal semasa mereka baru merangkak, pantang tanya pasal masa lapang untuk fotografi, terus setuju sebab pada masa itu mereka sedar mereka perlukan banyak pendedahan agar orang cepat kenal.

Kalau setakat drama popular di TV tapi orang tak tahu cerita si pelakon itu di luar layar, macam mana nak popular kan?

Read more...

Fadlan, Muiz Di Tawar Menjadi Model....




Jangan ingat orang yang berjaya dalam satu-satu pertandingan sahaja yang bakal mendapat perhatian mana-mana pihak, sebaliknya yang tak berjaya juga turut jadi perhatian.

Buktinya dua peserta termuda Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2010, Fadlan Hazim Anuar, 18, dan Afiq Muiz Azman Shah, 18, mula diintai pengeluar kasut jenama terkenal yang berkenan dengan aura mereka.



[Kagagaan Fadlan terubat.]

Kagagaan Fadlan terubat.
Pihak pemasaran kasut jenama terkenal itu tertarik dengan penampilan kedua-dua finalis itu semasa turut menyaksikan final Kacak Bergaya hujung minggu lalu.

Mereka menghubungi Che Li (sayalah...) yang juga pengelola ruangan Kacak Bergaya di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

"Kami berminat untuk mendapatkan khidmat mereka bagi tujuan menghiasi katalog terbaru kami," kata pegawai tersebut.
[Afiq Muiz punya personaliti menarik.]

Afiq Muiz punya personaliti menarik.

Jenama apa tu... tunggulah apabila segala perbincangan berjalan lancar, Che Li akan uar-uarkan di dalam Mangga Online.

Read more...

Nora VS Fasha...



Nampaknya kisah hangat pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha tak habis habis lagi. Ada sahaja cerita tak enak pasal mereka. tak tahulah nak nilai siapa benar siapa salah.

Minggu lalu kecoh pasal perbalahan mereka di laman sosiel Twitter apabila Nora dikatakan memperli Fasha apabila mencacatkan perkataan boo dalam slot What's Happening? akaun Twitter miliknya. Ada juga perkataan hipokrit yang ditujukan kepada seseorang tanpa mencacatkan nama.

Fasha tak diam dan menjawabnya dalam usaha membela diri. Banyak yang melontar komen termasuk pihak yang tidak suka dan pihak yang menyokong mereka.

Sampai sekarang tak habis-habis lagi. Ada orang yang tak suka Fasha menulis yang bukan-bukan pasal pelakon sensasi itu termasuk perkara yang bersifat peribadi. Kesian juga Fasha... dah lah dia diboo oleh penonton semasa menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular, berlanjutan perli memperli dalam laman sosial pula. [Nora Danish belum sejuk...]

Che Lee bukan nak menyebelahi sesiapa... tapi apa yang berlaku ke atas Fasha dalam hal ini tak sepatutnya berlaku. Bukannya dia membuat kesalahan kepada sesiapa pun, tak pasal-pasal pulak dia yang menjadi mangsa kejian orang.

"Pada aku Fasha tu tak salah apa dalam hal ini, dia tak kacau orang sebaliknya buat kerja dia (menghadiri majlis). Mengapa pula ada orang yang nak mengganggu dia dengan mengatakan perkara yang bukan-bukan," kata seorang kawan Che Lee yang juga bekas wartawan.

Kawan itu menyukai prinsip Fasha yang tak mengganggu orang dan berharap orang lain juga tidak mengganggu pelakon itu.

"Apa pun yang dia lakukan, bukan kita orang yang boleh menjatuhkan hukuman," kata kawan itu lagi.

Bila renung-renungkan benar juga pendapat kawan itu. Yalah apa salah dia kalau dia kena boo. Mengapa pula orang lain ambil kisah sedangkan empunya diri tidak menganggapnya sebagai kudis pun.

Agaknya ada pihak yang tak senang melihat Fasha terus diterima oleh peminat walaupun macam-macam perkara telah dilaluinya termasuk dipulau olah wartawan hiburan tidak lama dulu. Sekarang apabila hubungannya semakin pulih macam-macam pula perkara timbul.

Perbalahannya dengan Nora telah lama terjadi. Sejak Nora masih bergelar isteri orang sehingga jadi janda sekarang. Nampaknya masih belum reda kemarahan Nora terhadap Fasha. Dulu ada orang kata Fashalah punca rumah tangganya goyang.

Setelah lama menduda, bekas suami Nora tak ada pulak berkahwin dengan Fasha. Fasha juga pernah dikaitkan dengan lelaki lain juga selepas itu. Tapi belum nampak bakal menamatkan alam bujang lagi setakat ini.

Sampai bila mereka nak bersengketa sebab mereka pasti akan berjumpa juga dalam mana-mana majlis hiburan. Takkan nak bertarik rambut dalam majlis yang dihadiri orang ramai pula. Ia akan menyusahkan orang lain macam yang berlaku semasa penggambaran drama SpaQistina dulu. Akhirnya Nora terpaksa menarik diri kerana enggan masuk set bersama Fasha.

Bayangkan kalau Nora terpaksa interview Fasha untuk dimuatkan dalam program kendaliannya iGlam... pasti kecoh kan?

Read more...

Artis cun TAK BAYAR Sewa....


Lama sungguh Mangga Muda tak dengar khabar seorang kawan Mangga Muda yang sorang ni. Yalah dia asyik ke luar negara atas urusan kerja dan juga makan angin bersama keluarga. Sekali sekala saja dapat jumpa.

Tup-tup dapat mesej daripada kawan itu. Mesti ada hal yang nak dikhabarkan kepada Mangga Muda. Memang ada... dan ia kisahnya pasal seorang artis wanita cantik dan popular yang lari keluar rumah tanpa membayar sewa.

Macam ni ceritanya. Artis cantik yang sentiasa nampak baik dalam drama itu menyewa rumah kawan rapat dia. Tapi sekarang artis tu dah keluar rumah tanpa membayar baki sewa yang tertunggak ribu-ribu ringgit tu.

Dah lah macam tu, nombor telefon yang diberikan kepada tuan rumah itu sudah tak aktif. Sampai pening kepala tuan rumah nak car iartis tu. Jangan pulak sampai tuan rumah cari di lokasi penggambaran drama, kan malu muka nanti dengan kawan sekeliling.

Tak sangka pulak Mangga Muda artis wanita yang semakin popular itu berperangai jahat macam tu. Kalau ya pun tak dapat nak langsaikan hutang sewa sekali gus, cubalah bawa berbincang bayar secara ansuran ke apa ke. Kawan tu takkisah pun. Janji dapat balik bayaran sewa rumah.

Duit bayaran sewa tu bolehlah digunakan untuk membaiki kerosakan rumah yang ditinggalkannya tu. Khabarnya rumah itu dah macam tak tentu arahlah diperlakukan oleh si artis cantik tu. Umm... ganas juga ya, ingatkan sifatnya selembut watak yang dibawa.

Memanglah kita tak boleh nak samakan watak lakonan dengan perangai sebenar seseorang. Tapi elok jugalah kalau watak baik yang dilakonkan itu mengubah sedikit sebanyak perangai tak baik yang ada dalam diri.

Kalau orang yang menonton boleh terpikat dengan watak lakonan dan menjadikan watak itu sebagai idola wanita baik-baik, takkan diri sendiri tak dapat tempias daripadanya.

Read more...

Anak Malique


Comelnya anak pasangan Malique dan Melissa Maureen Rizal yang baru menyambut ulang tahun pertama pada 1 Mei lalu.

Gambar ini Mangga Muda petik daripada laman sosial myspace milik Malique. Malique meletakkan gambar si comel ini sebagai gambar depan profail myspacenya.

Kecil-kecil lagi dah didedahkan dengan trofi AIM yang pernah dimenangi oleh Malique. Jangan terkejut kalau suatu hari nanti anaknya, Inca Medina Malique turut jadi artis.

Mangga Muda nak ucap selamat ulang tahun kepada Inca yang semestinya membuatkan ibu bapanya happy sepanjang masa.

Bila dah besar ni lagi seronok melihat keletahnya. Cuma Mangga Muda dah lama tak jumpa Malique yang tak muncul dalam majlis glamor.

Read more...


Mangga Muda ni kalau pergi melancong ke luar negara seronok sungguh menonton saluran FTV (Fashion TV) yang sarat dengan pelbagai peragaan fesyen seluruh dunia, khsusnya kota fesyen Paris, Milan dan New York.

Bukan apa... sebab saluran FTV ni tak menyakitkan kepala. Tak ada apa yang nak difikirkan sebaliknya dihidangkan dengan fesyen terbaru rekaan pereka ternama seluruh dunia. Terfikir juga... bila agaknya FTV masuk siaran di TV Malaysia?



Sebenarnya Mangga Muda ada terdengar yang FTV akan masuk juga ke Malaysia tak lama lagi. Seronok Mangga Muda mendengar cerita itu. Tapi Mangga Muda hanya dengar-dengar orang fesyen bercerita, bukannya daripada sumber utama. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Harap-harap ia akan jadi kenyataanlah. [Antara rekaan berciri Islamik. ]



Memang Mangga Muda akui ada isu berbangkit sekiranya kemasukannya tidak melalui tapisan, sebab ada slot peragaan pakaian dalam yang disiarkan. Tapi bagi Mangga Muda ia bukanlah isu besar kerana slot itu boleh diganti dengan pengisian tempatan.

Misalnya slot peragaan coli untuk siaran seluruh dunia diganti dengan peragaan fesyen tempatan. Malaysia juga ada banyak pereka terbaik yang boleh mencipta fesyen setanding pereka dunia. Slot itu boleh diisi dengan rekaan mereka.

Kalau mahu nampak lebih sopan apa kata diisi dengan rekaan busana muslimah. Sekarang sudah ada acara tahunan peragaan busana muslimah melibatkan pereka Malaysia, Indonesia, Pakistan, Dubai dan sebagainya yang dinamakan Islamic Fashion Festival yang dikendalikan oleh Datuk Shah Rezza sejak beberapa tahun lalu.

Sekurang-kurangnya ada juga ruang untuk pereka tempatan dan pereka busana muslimah untuk mengenengahkan lagi rekaan mereka ke mata luar.

Read more...

Mael XPDC Dera Anak, Kini Ditahan Reman Oleh Pihak Polis


Kalau anda semua baca suratkhabar hari ini, ada kisah seorang penyanyi rock yang ditahan reman oleh pihak polis kerana mendera anaknya. Mesti korang tertanya-tanya kan siapakah penyanyi rock tue kan? Jawapannya tak lain tak bukan ialah Mael XPDC. Tapi dari info yang kami dapat, apa yang Mael lakukan bukanlah satu penderaan.

Mael XPDC dan isterinya tinggal berasingan sebab ada masalah sikit. Sebagai seorang ayah, Mael pun datanglah ke rumah isterinya untuk melawat si anak. Nak bertanya khabar. Tapi sayangnya si anak buat “derk” dan tak mahu bersalaman dengan si ayah. Kalau kami pun confirm bengang. Disebabkan marah dengan sikap kurang ajar si anak, maka Mael pun memukul anaknya dengan tangan. Si anak pun apa lagi. Terus mengadu kat si mak dan si mak pun terus buat report polis.

Kalau didapati bersalah, Mael XPDC boleh didenda RM1000 atau penjara 6 bulan. Korang fikirkanlah sendiri patut ke tak patut si Mael nie pukul anaknya untuk bagi pengajaran supaya hormat kat orang tua. Bukan orang lain pun, ayah dia sendiri.

Info yang kami dapat ini tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tapi kemungkinan besar tue betullah. Kalau ada info terbaru akan kami updatekan nanti.

Read more...

Artis Wanita Mabuk Di Kelab G**....


Benar ke cerita yang Mangga Muda dengar pasal seorang pelakon muda yang sedang meningkat naik ni? Ada kawan Mangga Muda nampak si pelakon wanita ini mabuk-mabuk pada malam minggu lalu.

Dia dan seorang pelakon lelaki berhibur di kelab gay. Oh! ke sana pulak dia berhibur. Mangga Muda tak tahulah pulak macam mana keadaan di kelab itu sebab mangga Muda tak pernah ke sana. Agak-agaknya walaupun ia kelab khusus untuk lelaki, wanita juga dibenarkan. Tapi biasanya wanita yang sekepala dengan merekalah.



Tak tahulah pulak Mangga Muda sama-ada pelakon lelaki bukan Melayu yan berhibur bersama-sama pelakon wanita itu sifatnya gay atau sebaliknya. Mangga Muda tak ada dengar pulak gosip pasal hal tersebut dengan diri pelakon lelaki kacak tersebut.



Tapi Mangga Muda tak ada dengar pulak gosip cinta pasal pelakon tersebut. Lagipun pelakon lelaki itu bukanlah banyak berlakon... hanya watak-watak yang sesuai dengan penampilan dan gaya dirinya ajalah. Jaranglah nampak wajahnya dalam drama bersiri yang kini semakin banyak diterbitkan.

Yang membuatkan Mangga Muda cuak tu sebab si pelakon wanita itu ada dikaitkan bercinta dengan seorang artis lelaki. Tak tahulah sama ada hubungan mereka dah berakhir ataupun memang dia jenis yang pasang banyak kekasih. Nanti Mangga Muda risik-risik status hubungan cintanya ya.

Mangga Muda: Sentiasa setia....

Read more...

Kejutan Rizal Untuk Fasha


KUALA TERENGGANU: Riuh-rendah jadinya lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Productions berjudul Duyung Aridinata di Pulau Lang Tengah, Terengganu, apabila mereka tiba-tiba dikejutkan kehadiran sebuah helikopter, tengah hari semalam.

Lebih mengejutkan semua pelakon dan kru penerbitan drama bersiri yang menjalani penggambaran di pulau itu sejak 4 Mei lalu apabila sekumpulan VIP yang singgah di pulau itu disertai bekas suami pelakon drama popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli bertujuan membuat ‘surprise’ kepada seorang pelakon utama drama bersiri itu, Nur Fasha Sandha Hassan.

Fasha yang sebelum ini sering dikaitkan dengan Rizal bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui langsung perancangan jejaka berstatus duda yang juga ahli perniagaan berjaya itu untuk datang memberikan kejutan kepadanya.

Helikopter yang membawa Rizal dan beberapa temannya mendarat di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari chalet tempat semua pelakon menginap dan menjalani penggambaran kira-kira jam 1 tengah hari.

Wartawan Harian Metro yang berkunjung ke set penggambaran itu untuk membuat liputan di sebalik tabir, bagaimanapun hampa kerana tidak berpeluang melihat kejadian itu, sebaliknya hanya sempat melihat kelibat helikopter peribadi yang berselisih di tengah lautan menuju Pulau Lang Tengah.

Fasha ketika dihubungi untuk mengulas kejadian itu hanya menyatakan Rizal dan beberapa teman mempunyai perancangan untuk membuat kejutan di lokasi penggambaran selepas mendapatkan tahu dirinya terbabit pembikinan drama bersiri berkenaan di pulau peranginan itu.

Bagaimanapun, katanya kehadiran Rizal di set penggambaran tidak disangka dan melangkaui imaginasinya.

“Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur.

“Tujuan Rizal hanya untuk memberikan kejutan kepada saya dan tidak bermaksud apa-apa. Kebetulan Rizal datang waktu makan tengah hari, jadi saya dan krew penerbitan yang lain sempat menjamu selera bersama ketika waktu rehat,” katanya yang masih terkejut.

Pelakon lain yang turut menyaksikan kehadiran Rizal dengan helikopter termasuk Zachery Francis, Shakila, Zain Saidin, pengarah drama, Adam Hamid serta penerbit yang juga Pengarah Urusan Zeel Productions Sdn Bhd, Fadzil Teh.

Fasha ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Rizal, bagaimanapun cuba mengelak untuk bercerita panjang kerana gusar penjelasannya akan disalah tafsir.

Malah, pelakon filem Berlari Ke Langit dan Anak Halal itu menafikan segala spekulasi yang membabitkan dirinya kononnya dilamun cinta.

Fasha enggan mengulas lanjut mengenai persoalan kejutan yang dilakukan itu, sebaliknya hanya menyifatkan Rizal yang berusia 34 tahun sebagai teman yang sentiasa menyokong kerja seninya selain menjadi pendengar setia.

“Saya akui ramai pihak akan mula membuat spekulasi terhadap isu ini, namun saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini kerana lebih penting ialah tanggungjawab saya kepada drama yang masih berbaki tiga hari selepas 15 hari saya berkampung di sini.

“Saya perlu fokus untuk habiskan kerja saya dan kehadiran Rizal adalah semata-mata untuk melawat saya di sini dan itu tidak langsung menjejaskan prestasi saya di lokasi penggambaran.

“Apa yang boleh saya simpulkan hubungan kami masih di fasa mengenali antara satu sama lain. Terlalu awal untuk saya berbicara soal jodoh kerana 2010 adalah zaman kebangkitan saya. Jadi, mustahil untuk saya memusnahkan misi itu hanya kerana isu seperti ini,” katanya.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP